Isnin, 14 Februari 2011

HARI INI AKU MASIH SEORANG.

hari semakin lama semakin terang.. hati semakin lama semakin girang.. bukan kerana aku semakin lama semakin matang.. cuma semakin lama semakin seronok memandang... memandang perkara yang jauh... jauh seperti memandang masa lalu... cuma kali ini aku memandang perkara yang lebih depan dari yang lalu.. aku ingin berdua... aku mungkin akan berdua.. dan kemudian bertiga dan berempat dan seterusnya..

hari semakin lama semakin terang.. aku juga juga semakin riang.. riang kerana aku sedang memandang.. memandang sesuatu yang ada di depan ku dengan jelas dan bersuara lantang.. aku ingin berdua ke mana saja.. aku ingin bertiga bila tiba waktunya.. aku ingin berempat bila rezeki datang tanpa ku pinta...

hari ini mungkin aku masih lagi seorang... esok mungkin aku sepasang.. dengan angin... berpasang dengan angin.. seperti awan dan angin yang sering bertemu dan bermanja.. seperti pantai dan ombak yang sering bercinta mesra..

hari ini aku mungkin masih lagi seorang.... tetapi jiwaku telah lama merindui angin yang lantang... cuma hari ini aku masih lagi seorang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan