hari semakin meninggi. semakin membabi buta teriknya..
semakin kering tekak memekik. semakin juga aku sering tertanya.
mengapa hingga hari ini aku masih lagi belum dapat melihat bentuk bulan.
cahayanya saja sudah membuatkan hati ku berdegup kencang..
ini kan pula jika aku dapat melihat rupanya..
Isnin, 7 November 2011
Khamis, 29 September 2011
ENTAH KENAPA....
yang baik itu rezeki dan yang buruk itu juga rezeki...
yang bermuntah darah itu usaha... yang duduk bersenang mengangkang itu juga usaha..
yang bersuara lantang menentang itu berani,, yang berdiam diri dari berdiri itu juga berani..
orang usaha... aku juga mungkin usaha..
orang membaca... aku juga mungkin mengeja...
orang bertanya... aku juga mungkin memandang saja....
entah kenapa aku rasa macam ada yang tidak kena...
orang usaha... aku bagai nak gila buat kerja..
orang membaca... aku bertungkus lumus mencari buku cerita...
orang bertanya... aku separuh nyawa mencari jawapan yang ntah apa hasilnya....
belum ada jawapannya...
mungkin belum tiba masanya...
aku akan tunggu saja...
belum ada jawapannya...
mungkin belum tiba masanya...
aku akan tunggu saja...
Sabtu, 24 September 2011
CUMA INGINKAN SEDIKIT RASA SUKA.
kadang kala tak minta rasa bahagia.. cuma ingin kan sedikit rasa suka...
mendongak ke langit mungkin membuatkan kaki tersadung...
menundukkan kepala mungkin juga tidak sempat lari dari langit mendung...
mungkin aku terlalu menanti pelangi... mungkin juga aku terlalu inginkan bintang...
tapi batu disungai kadang-kala lebih cantik bentuknya..
dapat ku sentuh.. dan aku simpan...
untuk aku...
mesti buang.
lama dah aku tak masuk kat sini.. tinggalkan sepatah dua suara aku yang bersarang dalam hati.. dah lama aku tak buang rasa benci aku... mungkin masanya aku mesti buang..
Selasa, 24 Mei 2011
Lirik Kita Satu – Spider
Sering ku bertanyakan
Di manakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Penyesalan cinta dalam diam
Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan
Chorus
Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku
Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama
Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan
Ulang Chorus 2X
Kerana engkau adalah milikku
Khamis, 10 Mac 2011
SELAMAT TINGGAL.....
mungkin aku ini hanya menipu diri sendiri..
mungkin aku juga tak berani nak menolak apa yang diberi..
hanya mampu memandang dia tersenyum.. dan aku akan membalas senyumannya dalam hati..
aku mungkin tidak akan dapat melihat dia lagi... tapi senyumannya tetap ada dalam hati aku....
selamat jalan kekasih yang aku simpan di dalam hati..
Selasa, 8 Mac 2011
BERMULA LAGI.
deru angin malam menyapa muka indah cahaya bintang ku rasa.. gemersik suara persis ombak dipantai menderu cantik dalam hati.. saat ini aku memandangnya dengan penuh rasa cinta.. namun kasih tidak berbalas dengan senyum ikhlas.. hanya sayu mata memandang sunyi..
rindu makin datang bertamu dalam diri yang penuh rasa dendam sendu.. menggeletar saat memandang mata penuh rasa cinta yang kukuh dalam senyum simpul yang manis.. redup matanya mengasyikkan nafsu jiwa bergelora.... kepada kamu.. ingin saja aku mengatakan yang aku sangat menyintai kamu sehingga ke saat mati...
berbalik-balik rasa rindu yang dalam... berdiam-diam kasih ku pendam.. berkira-kira melafaz dalam diam.. bermadah-madah kasih ku genggam..
andai aku ini istimewa pada pandangan rindu kamu.. dakaplah aku dengan ucap kata tiada sendu.. agar aku tidak lagi menganggung seksa mengasihi indah suara tawa mu..
hari ini bermula semula apa yang pernah bermula dulu...
rasa jiwa penuh bergelora dengan sayup manis renungan matamu...
semoga kita akan bercinta semula....
itu janji aku sejak segalanya berakhir dan kini bermula semula..
rindu makin datang bertamu dalam diri yang penuh rasa dendam sendu.. menggeletar saat memandang mata penuh rasa cinta yang kukuh dalam senyum simpul yang manis.. redup matanya mengasyikkan nafsu jiwa bergelora.... kepada kamu.. ingin saja aku mengatakan yang aku sangat menyintai kamu sehingga ke saat mati...
berbalik-balik rasa rindu yang dalam... berdiam-diam kasih ku pendam.. berkira-kira melafaz dalam diam.. bermadah-madah kasih ku genggam..
andai aku ini istimewa pada pandangan rindu kamu.. dakaplah aku dengan ucap kata tiada sendu.. agar aku tidak lagi menganggung seksa mengasihi indah suara tawa mu..
hari ini bermula semula apa yang pernah bermula dulu...
rasa jiwa penuh bergelora dengan sayup manis renungan matamu...
semoga kita akan bercinta semula....
itu janji aku sejak segalanya berakhir dan kini bermula semula..
Isnin, 14 Februari 2011
HARI INI AKU MASIH SEORANG.
hari semakin lama semakin terang.. hati semakin lama semakin girang.. bukan kerana aku semakin lama semakin matang.. cuma semakin lama semakin seronok memandang... memandang perkara yang jauh... jauh seperti memandang masa lalu... cuma kali ini aku memandang perkara yang lebih depan dari yang lalu.. aku ingin berdua... aku mungkin akan berdua.. dan kemudian bertiga dan berempat dan seterusnya..
hari semakin lama semakin terang.. aku juga juga semakin riang.. riang kerana aku sedang memandang.. memandang sesuatu yang ada di depan ku dengan jelas dan bersuara lantang.. aku ingin berdua ke mana saja.. aku ingin bertiga bila tiba waktunya.. aku ingin berempat bila rezeki datang tanpa ku pinta...
hari ini mungkin aku masih lagi seorang... esok mungkin aku sepasang.. dengan angin... berpasang dengan angin.. seperti awan dan angin yang sering bertemu dan bermanja.. seperti pantai dan ombak yang sering bercinta mesra..
hari ini aku mungkin masih lagi seorang.... tetapi jiwaku telah lama merindui angin yang lantang... cuma hari ini aku masih lagi seorang..
Langgan:
Ulasan (Atom)