Khamis, 10 Mac 2011

SELAMAT TINGGAL.....

mungkin aku ini hanya menipu diri sendiri..
mungkin aku juga tak berani nak menolak apa yang diberi..

hanya mampu memandang dia tersenyum.. dan aku akan membalas senyumannya dalam hati..
aku mungkin tidak akan dapat melihat dia lagi... tapi senyumannya tetap ada dalam hati aku....

selamat jalan kekasih yang aku simpan di dalam hati..

Selasa, 8 Mac 2011

BERMULA LAGI.

deru angin malam menyapa muka indah cahaya bintang ku rasa.. gemersik suara persis ombak dipantai menderu cantik dalam hati.. saat ini aku memandangnya dengan penuh rasa cinta.. namun kasih tidak berbalas dengan senyum ikhlas.. hanya sayu mata memandang sunyi..

rindu makin datang bertamu dalam diri yang penuh rasa dendam sendu.. menggeletar saat memandang mata penuh rasa cinta yang kukuh dalam senyum simpul yang manis.. redup matanya mengasyikkan nafsu jiwa bergelora.... kepada kamu.. ingin saja aku mengatakan yang aku sangat menyintai kamu sehingga ke saat mati...

berbalik-balik rasa rindu yang dalam... berdiam-diam kasih ku pendam.. berkira-kira melafaz dalam diam.. bermadah-madah kasih ku genggam..

andai aku ini istimewa pada pandangan rindu kamu.. dakaplah aku dengan ucap kata tiada sendu.. agar aku tidak lagi menganggung seksa mengasihi indah suara tawa mu..

hari ini bermula semula apa yang pernah bermula dulu...
rasa jiwa penuh bergelora dengan sayup manis renungan matamu...
semoga kita akan bercinta semula....
itu janji aku sejak segalanya berakhir dan kini bermula semula..