Rabu, 20 Oktober 2010

PELANGI.

"malas la nak pergi" ringkas saja jawapanku.
"kenapa?"

"ntahlah"
"hmm... suka ati la..."

"eh kau ckp tak nak pergi?"
aku diam tidak berkata apa-apa..

"ada pelangi kan?"
"ntah ada agaknya.."

"hmm.." aku tersenyum sendiri... dan menyambung...
"best nya"
"semalam kan kau ckp tak nak pergi, tak best la. banyak kerja la.."

nyaring sahaja suara dia aku dengar..
mata ku terus terkangkap pada sesuatu yang cantik..

"pelangi tu cantik kan?"
"ye..."

"kalau aku nak pelangi tu boleh?"
"ntah.. kau try la..."
"malu la.. aku tengok dari jauh je la.. lagipun pelangi bukannya boleh simpan lama-lama"
"tau pun.. dah la.. jom.. bas dah tunggu lama tu..."

"cantik la pelangi tue.. aku nak jugak la..."
"suka hati la ya....."

Ahad, 22 Ogos 2010

TERANG.

Hari terang tanda girang,
Hati benderang tiada walang,
Aku ingin datang bertandang,
Walau aku tidak dipandang.

Berbunga harum tumbuh sepi,
Memadang langit senantiasa tinggi,
Aku berdiri ini seorang diri,
Mengharap dia datang menemani.

Putih salju dingin dirasa,
Biru laut indah dunia,
Aku sendiri mencari bahagia,
Bosan tiada walau derita.

Isnin, 12 Julai 2010

lebih lambat dari semalam...

pagi ini aku berjalan seperti biasa, mungkin juga sederhana.. kerana aku tidak berasa penat atau mencungap.. semalam aku berjalan barang kali lebih laju dari hari ini... tapi aku tetap tiba pada tempat yang sama dengan selamat. untung nya aku tidak perlu berasa penat seperti semalam.. kadang kala aku berjalan laju.. tetapi aku selalu jatuh tersungkur... kadang kala kasut ku putus.. kaki ku melecet.. tapi kelebihannya, aku sampai cepat.. mungkin lebih cepat dari hari ini...

HILANG.....

memandang langit hitam gelam,
memandang rumput hijau kelam,
aku berdiri dalam suram,
kaki kaku ke tanah terbenam.

hilang sudah jatidiri,
yang selama ini aku nanti,
kesannya tiada temui,
hanya hati merintih lagi.

kembalikan semua yang hilang,
aku tidak berhati walang,
andai ada yang sudi datang,
maka dulu tidak ku kenang.

Sabtu, 22 Mei 2010

malam tiba.. hati hiba..

mengenang malam akan hilang,
mengenang siang akan tiba,
maka hati kembang harum berbunga,
menanti siang tiba dengan bau bahagia.

malam masih kekal hiba,
rintih pedih hati luka,
mengenang bahagia kabur pula,
harapan siang tiba membara...

Rabu, 14 April 2010

MUNGKIN.....

membuat sesuatu yang kekal.. kadang-kala sukar untuk jiwa ini melakukan..
membuat sesuatu yang kekal.. kadang-kala bimbang akan tersalah bentuk...
membuat sesuatu yang kekal.. kadang-kala gusar kalau-kalau tidak menjadi..

aku ini mungkin terlalu kecewa sehingga aku mungkin akan menyesal satu hari nanti..
aku ini mungkin terlalu bingung sehingga aku mungkin akan meratap hiba apa yang ada nanti..

Isnin, 12 April 2010

SALAM......

salam... kepada semua yang membaca catatan pena ungu. Hari ini bermula satu kisah yang mungkin akan mempunyai kesinambungan yang infiniti.... tegur mana-mana yang dirasakan sumbang dan betulkan mana-mana yang tempang... pena ungu sangat baru dalam dunia ini dan sangat naif terhadap apa yang ada di didepan mata... semoga kita mendapat apa yang kita harapkan... AMIN.